“Sayur Campur Goreng Daging…

“Sayur Campur Goreng Daging”

300 gm daging batang pinang, hiris nipis*

1 inci halia, ditumbuk halus*

3 ulas bawang putih, ditumbuk halus*

1 camca serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap 30 minit)

2 camca besar sos tiram

2 camca besar kicap cair

Beberapa titik minyak bijan

200 gm brokoli, dipotong sekuntum2

1/2 batang lobak merah, kupas, belah 4 dan potong serong setiap belahan

6 – 7 biji putik jagung, hiris serong

1 biji bawang besar, hiris

2 ulas bawang putih, diketuk

1 camca teh tepung jagung + 1/4 cawan air, kacau rata

Sedikit garam jika perlu

.

.

1 Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan sos tiram dan kicap cair, kacau rata dan masukkan daging, kacau dan masak hingga daging lembut. Tambah air jika perlu.

2 Masukkan lobak merah dan jagung, kacau rata dan masukkan brokoli. Kacau rata dan tuang bancuhan tepung jagung. Kacau rata.

3 Akhir sekali masukkan minyak bijan dan masak hingga sayur lembut. Rasa dan jika kurang masin, tambah garam secukup rasa. Hidangkan panas bersama nasi hangat dan sambal belacan.

-Resepi Masakan Mudah & Ringkas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *