Monthly Archives: April 2019

PAKEJ TERBAIK UNTUK ANDA

Raikan Cinta Lama

Beli gula di pekan Jitra
Berbalut kemas berkain kasa
Sila-sila la wahai pengantin lama
Duduk berganding merakam bahagia

Daftar segera untuk dapatkan tempat anda bersama pasangan..anda bakal dihias bagai raja sehari…haaaa…lama dah kan tinggalkan kenangan…sertai kami untuk mengamit memori cinta bahagia anda bersama pasangan….

Hubungi team pendaftaran kami ditalian 012-6216985

#pakejperkahwinan
#pakejbajupengantinmurah
#pakejjurumekapperkahwinan

TIPS MEMILIH DEWAN PERKAHWINAN

Sudah menjadi kebiasaan dan trend zaman kini, melangsungkan majlis perkahwinan di dewan. Faktor utama adalah memudahkan tuan rumah dan menjamin keselesaan tetamu. Banyak sebenarnya kelebihan mengadakan masjlis perkahwinan di dewan. Antaranya

  • Tak perlu beria kemas rumah
  • Tak letih nak kemas rumah lepas habis majlis
  • Tak perlu risau rumah di masuki orang yang tidak kenal

Atas sebab musabab di atas, ramai orang sekarang lebih memilih membuat majlis perkahwinan di dewaan. Jadi dekat sini, kami kongsikan kepada anda beberapa tips untuk memilih dewan untuk hari bahagia anda.

 

  1. Tentukan tarikh perkahwinan anda.

Ha..sebelum memulakan apa-apa langkah pastikan anda menentukan tarikh perkahwinan anda supaya senang untuk mencari dewan yang available sesuai dengan tarikh anda. Pastikan dewan yang hendak di pilih kosong dan bolehlah anda membuat tempahan.

                                                                                                                                                                                                          gambar dari google

2. Saiz dan Lokasi

Pastikan saiz dewan menepati kesesuaian jumlah jemputan anda bagi menjamin keselesaan anda dan para tetamu nanti. Lokasi yang berhampiran dengan rumah kita sudah semestinya menjadi pilihan utama. Bila tiba hari majlis,urusan anda dengan vendor yang melakukan kerja-kerja persiapan majlis mudah di pantau tanpa perlu ulang-alik dengan jarak yang jauh. Pastikan lokasi dewan juga memudahkan tetamu untuk datang kalau tidak nanti sesat pula tetamu kita.

3. Kemudahan

Kemudahan yang disediakan di dewan tersebut merupakan faktor penting dalam pemilihan dewan. Pastikan kemudahan dewan seperti, kipas, penghawa dingin, tandas dan surau berfungsi dengan baik. Sekiranya anda menempah penyedia karaoke atau PA System,pastikan diding dewan yang mempunyai ‘sound proof board’ atau menyerap bunyi.Ia penting untuk memastikan majlis anda tidak hingar-hingar.

4. Pantauan dan siasatan

Sebaiknya anda luangkan sedikit masa untuk datang melihat dewan tersebut sebelum membuat tempahan dan bayaran deposit. Sebaiknya juga anda datang sewaktu majlis perkahwinanorang lain berlangsung agar anda dapat melihat suasana dewan, pencahayaan dan keselesaan anda dan tetamu anda nanti.

5. Menepati Bajet

Pastikan dewan yang dipilih menepati kehendak dan bajet anda. Oleh itu, anda perlu membuat survey perbandingan harga, kemudahan, lokasi sesuai dengan bajet anda.

 

Kepada yang bakal melangsungkan perkahwinan, Semoga dipermudahkan urusan perkahwinan anda dan semoga perkahwinan yang dibina mendapat barokah,mawaddah dan rahmat


KAMI DI BANGI CONVENTION CENTRE MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SEWA DEWAN PERKAHWINAN DENGAN KEMUDAHAN YANG SUPER SELESA UNTUK MAJLIS ANDA. UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNNGI PIHAK PENGURUSAN KAMI.RAIKAN MAJLIS ANDA BERSAMA KAMI

 

#sewadewanperkahwinan
#sewadewanputrajaya
#sewadewanbangi
#weddinghall
#dewanperkahinan