Katering

Resepi Masakan – “Ayam Goreng Kunyit”..

“Ayam Goreng Kunyit” – Resepi Mudah Dan Ringkas Dari BCC

 

Bahan yang diperlukan:

 

Dada ayam – dipotong dadu
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil gula pasir
1 sudu besar sos tiram (pilihan)

.
Bahan sampingan:

Lobak merah -dipotong memangjang
Cili padi – diketuk
1 biji bawang besar – dihiris halus
Bunga kobis – dipotong
Kacang panjang – dipotong
Cara membuatnya:

Satukan serbuk kunyit, lada sulah, serbuk kari, tepung jagung dan gula pasir. Gaul sehingga sebati.

Panaskan minyak masak dan pastikan minyak tidak terlalu banyak. Goreng ayam terlebih dahulu sehingga garing dan tidak melekat di kuali.

Selepas itu masukkan lobak, bawang merah dan lada.

Kemudian masukkan bunga kobis dan akhir sekali masukkan kacang panjang.

Perasakan dengan sedikit garam dan kacau sehingga sebati.

Angkat dan toskan minyaknya. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!