Resepi Mudah Dan Ringkas

“Tomyam Ayam”..

“Tomyam Ayam”

-Resepi Masakan Ringkas & Mudah Dari BCC

.

.

Bahan A

500 g ayam (Dipotong kecil)

1 batang lobak merah (Dipotong pendek)

1 labu bawang besar

2 batang serai

8 biji cili api

1 inci lengkuas (Diketuk)

1 ulas bawang putih (Diketuk)

1 sudu makan pes tomyam

1 batang daun saderi (Dipotong kecil)

3 helai daun limau purut (Dikoyak)

Air dan garam secukupnya

Bahan B

100 g kubis bunga

2 biji tomato (Dibelah 4)

2 biji limau nipis (Diambil jusnya)

1 pokok daun ketumbar (Dicencang)

.

.

Masukkan semua bahan A dan masakkan sehingga mendidih dan ayam lembut.

2Masukkan kubis bunga dan tomato. Biarkan mendidih dan tutup api.

3Masukkan perahan limau nipis dan daun ketumbar.

4Sedia dihidangkan.

“Sayur Campur Goreng Daging…

“Sayur Campur Goreng Daging”

300 gm daging batang pinang, hiris nipis*

1 inci halia, ditumbuk halus*

3 ulas bawang putih, ditumbuk halus*

1 camca serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap 30 minit)

2 camca besar sos tiram

2 camca besar kicap cair

Beberapa titik minyak bijan

200 gm brokoli, dipotong sekuntum2

1/2 batang lobak merah, kupas, belah 4 dan potong serong setiap belahan

6 – 7 biji putik jagung, hiris serong

1 biji bawang besar, hiris

2 ulas bawang putih, diketuk

1 camca teh tepung jagung + 1/4 cawan air, kacau rata

Sedikit garam jika perlu

.

.

1 Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan sos tiram dan kicap cair, kacau rata dan masukkan daging, kacau dan masak hingga daging lembut. Tambah air jika perlu.

2 Masukkan lobak merah dan jagung, kacau rata dan masukkan brokoli. Kacau rata dan tuang bancuhan tepung jagung. Kacau rata.

3 Akhir sekali masukkan minyak bijan dan masak hingga sayur lembut. Rasa dan jika kurang masin, tambah garam secukup rasa. Hidangkan panas bersama nasi hangat dan sambal belacan.

-Resepi Masakan Mudah & Ringkas

“Pizza Roti Gardenia”..

“Pizza Roti Gardenia”

 

-Resepi Mudah & Ringkas Dari BCC

.

Bahan-bahannya:
Roti Gardenia
Keju
Sosej dicelur
Cendawan dipotong kecil dan celur
Sos spagetti (jika tiada, sos cili biasa pun boleh)
Bawang Merah potong halus
Cili besar potong halus
Daun parsley
Minyak zaitun
.

.
Cara-cara membuatnya:
Sapu roti dengan sos spagetti atau sos cili, kemudian letak semua bahan-bahan yang telah dipotong tadi, ikutlah susun ikut mana pun sukahati. Setelah sesuai disusun semuanya, barulah letakkan keju diatas dan bakar dalam oven atau kuali dengan api sederhana.

 

” Nasi Ayam ” – Resepi Mudah & Ringkas..

” Nasi Ayam ”

.

-Resepi Mudah & Ringkas Dari BCC

.

Bahan-bahan kuah sup:
1 ekor ayam – buang kulit dan potong 4
1 biji bawang besar kuning – hiris
3 bawang putih – hiris
2 inci halia – hiris
Sup bunjut
Sedikit bawang goreng
Daun sup
Garam

Cara-cara membuatnya:
Tumis bawang hiris, halia dan sup bunjut sehingga wangi. Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering. Masukkan air secukupnya dan rebus sehingga ayam masak. Masukkan bawang goreng, garam dan sedikit perasa. Tutup api dan keluarkan ayam. Semasa hendak dihidangkan, tabur daun bawang/daun sup.

Bahan-bahan nasi ayam:
Beras – basuh dan tos
Kuah sup
Daun pandan

Cara-cara membuatnya:
Masukkan air rebusan ayam dan daun pandan, kemudian masak dalam rice cooker sehingga nasi masak. Setelah nasi masak, buatkan 2 lubang pada nasi dan masuk 2-3 sudu besar mentega ke dalamnya. Tutup semula dengan nasi. Akhir sekali, kacau rata.

Bahan-bahan ayam goreng:
Ayam yang rebus tadi – angkat dan tos
Kicap

Cara-cara membuatnya:
Lumur ayam dengan kicap dan goreng di saat hendak dihidangkan. Angkat dan potong ayam mengikut suka hati. Siap untuk dihidangkan bersama sayuran salad, timun dan buah tomato.

“Sup Ayam”..

“Sup Ayam”

.

-Resepi Mudah & Ringkas Dari BCC

.

Bahan2:
5-6 ketul ayam
1 biji bawang besar (potong 4)
5 ulas bawang putih (ketuk)
1 inci halia
1 sup bunjut
1 biji carrot
2 biji tomato
2 biji kentang
Air
Garam
Daun sup
.

.
Cara masak:
Masuk kan je semua tu dalam periuk kecuali totamo n daun sup. pastu tutup periuk, buat api slow je.

Sambil tunggu mendidih tu boleh la kite masak sayur ke nak g tgk anak dulu ke.

Nanti dah mendidih boleh lah kite masukkan tomato. N last sekali masukkan daun sup tu.

*x payah tumis bawang tu sebab x elok jugak tiap2 hari makan minyak2 kan..yg ni klu buat sambil jaga anak pun boleh..senang sangat..campak2 je..n x takut minyak terpercik kne anak kan..hehe

Resepi Masakan -” Kuah Kacang Untuk Raya”..

“Kuah Kacang Untuk Raya” – Resepi Mudah Dan Ringkas Dari BCC

 

Bahan bahan:
600 gm kacang tanah – disangai
5 biji bawang besar
½ cawan cili kering – dikisar
1 cawan gula melaka
1 sudu besar gula pasir – saya tambah
1 cawan minyak mazola
2-3 cawan air
Garam secukup rasa – saya guna 1/2 sudu besar garam halus

 

Cara cara:

-Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai. Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar. Ketika kisar dalam blender, guna air secukupnya untuk gerakkan blender. Jangan terlalu banyak sangat air.

-Bawang besar dimayang. Kemudian panaskan periuk guna 1 cawan minyak dan tumislah bawang hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering kisar dan goreng sampai naik minyak.

-Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah diblend. Masukkan sebanyak kira kira 2-3 cawan air.

-Bila sudah menggelegak, masukkan gula melaka dan garam. Kuah kacang mesti ada rasa manis sikit.

-Kuah satay akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi, pandai pandailah nak mengagak banyak mana air yang hendak diletak.

 

selamat mencuba

Ayam Buttermilk..

“Ayam Buttermilk” – Resepi Mudah Dan Ringkas Dari BCC

Bahan-Bahan:

  • 2 ketul besar ayam, bahagian dada
  • 1/2 tin susu cair
  • 3 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
  • 4 sudu besar mentega
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 biji cili padi
  • Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:
    • 2-3 sudu besar tepung gandum
    • 1 sudu besar serbuk kari
    • 1 biji telur
    • Sedikit garam
    • Air secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
  2. Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
  3. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
  4. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  5. Cara-cara untuk ayam buttermilk:
    1. Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
    2. Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
    3. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Tips:

  • Kalau tak mahu pedas, jangan masukkan cili. Dan kalau anda mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran.