Uncategorized

ANDA NERVOUS??

Ya Allah kenapa lah tertiba laju jer jantung ni? sejuk abis tangan ni… macam mana lah kalau tergetar-getar bila lafaz nanti?tak kan nak lafaz banyak  kali kot?malu lah aduh macam mana ni?” –[monolog hati bakal pengantin lelaki]

 

“  Apa nak buat ni? nervousnya..nak kena buat pembentangan minggu depan..makin hari makin berdebar pula..dah la pertama kali ni” [ Pelajar ]

“ Eh dah kenapa nak bercakap dekat seminar hari ni rasa berdebar pula. hasih ni yang tak best ni.sebelum ni ok jer.. hmm bercakap depan orang-orang hebat ni debar dia lain macam betul –[ Speaker konsultan ]

 

“Alamak dah nak dekat pukul 2pm. Ok dah start gabra ni tak pasal-pasal sejam lagi kena buat presentation masa meeting nanti. Dahlah aku ni ‘nervous’,  memalukan sungguh. Mesti suara pun susah nak keluar. Aduh, ‘sure’ berpeluh-peluh aku dalam bilik ‘meeting’. Ni pun dah ‘panic attack’ ni. Cepatlah bagi cara hilangkan gemuruh, aku nak buat sekarang sebelum rasa nak tercabut jantung ni.”-[ Staf sebuah syarikat]

 

Anda pernah alami situasi seperti di atas? Tangan menggeletar, tiba-tiba bercakap jadi gagap, suara putus-putus.lutut seolah-olah? nk tercabut ..Jangan risau ia adalah sesuatu yang normal. Di sini kami kongsikan berapa tips bagaimana untuk mengatasi perasaan gementar ini. Insyaallah ia boleh diatasi

 

  1. BERSEDIA 

Dalam apa jua yang kita lakukan persediaan itu sangat penting. Untuk mengatasi masalah gementar ini pertamanya anda perlu membuat persiapan secukupnya. Jika anda cepat gemuruh ketika berada dihadapan orang ramai atau public speaking, anda boleh atasinya dengan menghadir seminar  dan lihat cara percakapan speaker-speaker hebat. Anda juga boleh menghadiri diskusi ilmu yang ada sekiranya  berkesempatan cuba memberi pandangan anda berkaitan isu-isu yang dibincangkan. Seterusnya cuba kaji siapa audience anda. Ia akan membantu anda mengenal dengan siapa anda akan berhadapan nanti. Anda juga boleh berlatih seorang diri dihadapan cermin dan membuat rakaman ucapan tersebut. Begitu juga bagi lelaki, ketika ingin melafazkan akad nikah, nampak seperti mudah kan?tetapi ia juga memerlukan persediakan. Kalau anda gementar macam-macam perkara lucu akan terjadi

 

  2.  POSITIF

Yakin pada diri, anda mampu melakukannya. Cuba bayangkan perkara baik semasa anda bercakap di hadapan khalayak seperti  bayangkan keadaan diri anda yang tengah bersemangat bercakap dan khalayak bertepuk tangan kepada anda. Setkan di minda anda perkara yang positif sahaja. Cuba memberi kata-kata semangat untuk diri sendiri.

 

3. TENANG

Perasaan gemuruh sangat berkait rapat dengan pernafaskan. ia akan membuatkan nafas anda tersekat-sekat. Fokus pada penafasan, apabila kita adalam keadaan gementar otot-otot kita akan menegang. Maka apa yang perlu kita lakuan adalah tarik nafas dalam-dalam, cuba lapangkan minda anda dan kawal penafasan anda pelahan-lahan. Cuba anda senyum kerana senyum dapat menaikkan hormon endorfin dan setkan di minda anda telah lakukan persediakan yang terbaik dan sekarang adalah masa untuk anda menyerahkan segalanya pada Allah. Semoga Allah mempermudahkan urusan anda. Anda boleh amalkan doa Nabi Musa a.s ini

Maksudnya: Wahai Rabbku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku. (Surah Taha, ayat 25-28)

Doa adalah senjata mukmin, maka setelah anda berusaha maka mohonlah pertolongan daripada Allah.Insyaallah akan dipermudahkan segalanya.

 

     4. PEMILIHAN PAKAIAN YANG SESUAI

 

Perasaan gemuruh akan membuat membuatkan seseorang itu cepat berpeluh. oleh itu, elakkan memakai pakaian yang ketat atau tidak selesa kerana ia akan membuatkan anda bertambah gemuruh. Pakaian juga merupakan elemen yang boleh menaikan keyakinn diri anda. Maka pakai pakaian yang kemas dan yang penting menjamin keselesaan anda.

 

5. KURANGKAN PERGERAKAN

Apabila anda dalam keadaan gemuruh elakkan diri anda daripada banyak bergerak. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan orang sekeliling merasai perasaan gemuruh yang anda hadapi. Pastikan anda juga berdiri lurus.

 

  6. ELAKKAN MINUM KAFFIEN

Elakkan daripada minum, minuman yang mengandungi kaffein seperti teh, kopi dan minuman energy drink sebelum event anda kerana ia akan membuatkan anda bertambah gemuruh. Pastikan anda minum air putih secukupnya.

 

   7. TIDUR SECUKUPNYA

Sebelum tibanya hari yang mendebarkan itu, pastikan anda tidur secukupnya pada malam itu. Tidur yang tidak cukup akan menyebabkan badan anda tidak bermaya, lesu dan cepat panik.

 

Harap tips daripada kami ini dapat membantu anda =)

sewadewanbangi
#sewadewanputrajaya
#sewadewankajang
#sewabilikseminar
#sewabilikmeeting
#sewabilikmesyuarat
#wedding
#weddingplanner
#perkahwinan
#kendurikawin
#katering

 

MENCARI DEWAN UNTUK AKTIVITI INDOOR?BCC KAN ADA

Kami daripada pihak Bangi Convention Centre menawarkan perhidmatan sewaan dewan kepada mana-mana  organisasi  atau pihak yang ingin menganjurkan sukan/permainan/ aktiviti yang berbentuk indoor dengan kemu dahan yang terbaik pada harga yang berpatutan. Penganjuran aktiviti di dalam dewan adalah sangat releven berikutan keadaan cuaca di negara kita Malaysia yang tidak menentu. Oleh itu pemilihan dewan sebagai tempat pengajuran pelbagai aktiviti indoor sangatlah baik. Selain itu, penganjuran aktiviti di dalam dewan memudahkan pihak penganjur  mengawal audien atau peserta yang hadir. Pihak kami juga menyediakan kemudahan yang selesa kepada pelanggan yang  ingin menggunakan perkhidmatan daripada kami  maka pihak pangganjur tidak perlu bersusah payah menyediakan kelengkapan asas seperti pa sistem dan sebagainya . Kelebihan yang ada pada pihak kami adalah

  1. Kemudahan/ Fasiliti yang terbaik

Dewan yang boleh memuatkan 1000 pax – 2000 pax

PA Sistem yang terbaik

Surau yang selesa

Bilik Persalinan

Wifi percuma sekitar BCC

 

Di sini terdapat beberapa cadangan aktiviti/ sukaneka berbentuk indoor yang boleh dilakukan menggunakan dewan

 

Kepada yang berminat boleh deng berhubung terus dengan pihak pengurusan Bangi Convention Center

#sewadewanputrajaya
#sewadewanbangi
#seminar
#weddingmalaysia
#weddingplanner
#caterermalaysia
#katering
#seminar
#indooractiviti

“Daging Goreng Kailan..

“Daging Goreng Kailan”

.

-Resepi Mudah & Ringkas

.

Bahan Perapan Daging:

  •  300gm daging ] hiris nipis
  •  1 sudu teh kicap
  •  2 sudu teh minyak sayur
  •  1 sudu teh tepung jagung
  •  Sedikit garam dan gula

Bahan Sos:

  • 2 sudu makan air
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu teh tepung jagung

Bahan Tumis:

  • 3 pokok anak kailan ] potong 3-4cm & celur angkat
  • 2 sudu makan minyak
  • 1 biji cili merah ] hiris serong
  • 2 biji bawang merah ] hiris
  • 6 ulas bawang putih  ] cincang kasar
  • 3 sudu minyak masak
  • Garam dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan daging bersama semua bahan perapan ke dalam mangkuk. Gaul dan perap lebih kurang 30 minit.
  2. Sambil itu sediakan sos.  Di dalam mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.
  3. Panaskan air dalam periuk, kemudian celur anak kailan lebih kurang satu minit, angkat dan toskan.
  4. Untuk menumis daging, panaskan sedikit minyak masak, Masukkan  bawang putih, bawang merah hingga wangi.
  5. Kemudian masukkan  daging yang telah diperap tadi.
  6. Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
  7. Seterusnya, masukan hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi, kacau seketika.
  8. Masukkan sos yang telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
  9. Angkat dan sedia dihidangkan.

Saiz hidangan: 3-4 orang.
Waktu memasak: 20 minit.
Cara memasak: Perap dan tumis
Keistimewaan:  Enak dan tidak pedas, sesuai untuk kanak-kanak.
Anggaran perbelanjaan: RM15