Tag Archives: pakej perkahwinan

PAKEJ TERBAIK UNTUK ANDA

Selamat pengantin baru
Selamat berbahgia
Selamat ke anak cucu
Selamat sejahtera

Semoga berpanjangan
Semoga berkekalan
Semoga satu tujuan
Semoga aman

Hidup mestilah rukun
Sabar paling perlu
Cinta setiap hari
Senyum mesti selalu
Oh oh oh oh

Eh..terngiang-ngian pula lagu Saloma. Ha kepada sesiapa yang mencari-cari dewan untuk majlis perkahwinan anda, apa tunggu lagi!!! Cepat-cepat la hubungi kami di Bangi Convention Centre. Mesti puas hatilah. Dewan kami tersangatlah selesa boleh menampung 1,000 sehingga 2,000 orang dalam satu majlis. Nak jemput satu kampung pon muat okeyh. Hanya RM28.80 ( per/kepala), Tuan rumah hanya datang dapat untuk melayan tetamu sahaja. Semua akan diuruskan. Kami menawarkan harga dengan perkhidmatan yang eksklusif dan terbaik untuk anda. Bukan kepuasan anda sahaja yang kami kisah tetapi keselesaan tetamu anda juga tanggungjawab kami.

Apa kelebihan yang ada di Bangi Convention Centre ni?
 Dewan yang selesa dan grand
 Kemudahan parking
 Ruang Solat yang selesa
 Tandas yang bersih dan selesa
 Menu yang tersangatlah sedap
 Bilik persalinan dan bilik rehat untuk tuan rumah.
 Tempat yang strategik.

Jadi apa tunggu lagi???Bakal-bakal pengantin tu cepat-cepatlah hubungi kami untuk menempah dewan idaman anda.

Tel: +60 3-8923 1062 / +6013-6646112 / +6019-283 9309 / +6011-1990 5519
Fax: +603 8210 0741
Email: admin@bccbangi.com
Website: www.bccbangi.com
Facebook : www.facebook.com/bcc
Instagram : www.instagram.com/bccbangi

TIP MEMILIH BUSANA PENGANTIN

Assalamualaikum and Hi!! Kali ini ini kami ingin kongsikan kepada anda tips pemilihan baju pengantin. Ha nak pilih baju pon kena ada tips tau. Mestilah kena ada tip supaya persalinan kita pada hari istimewa  tersebut cantik dan yang paling penting selesa untuk anda. Kawen kan sekali seumur hidup, jadi mestilah kita nak busana kita cantik kan..kalau perempuan mesti dia nak jadi “the most beautiful bride in the world” kan pada hari bahagia tersebut. Jadi ianya memerlukan persiapan awal dan teliti dalam pemilihan.

 

Sumber : Google
  1. Bajet

Perkara pertama yang perlu diambil kira mestilah baget. Korang kena pastikan berapa anggaran yang korang nak spend untuk baju kawen korang. Jangan out of budget pulak sebab nanti dia akan ganggu persiapan korang yang lain..kang nanti  baju penganti cantik mahal nau, tetamu plk tak cukup makan..kiki tak pon sampai berhutang semata-mata nak baju yang cantik..tak mau camtu ye uolls. Jadi, brride to be tu,  prepare bajet ni awal-awal ye uolls.

2. Design

Pastikan design yg kita pilih tu selesa. Tidak terlalu ketat atau longgar sehingga menyukarkan pergerakan.Sebagai raja sehari kita bukan duduk diam dipelaminan seharian. Seluruh mata juga akan tertumpu pada kita dan setiap perincian akan diamati.Jadi keselesaan diri amat penting supaya tidak kelihatan janggal ketika bersanding. Masa ni korang kena tahu dah apa tema yang korang nak untuk majlis perkahwinan korang, nak tradisional ke, moden ke, koporat ke?. Apa-apa je la tema asalkan korang bahagia. Bila dah ada tema senanglah korang nak fikir design apa yang korang nak.

3) Size ketinggian
Size ketinggian amat main peranan dlm menentukan fashion seseorang.Jika anda seorang yg tinggi semestinya tidak menjadi masalah.Tetapi bagi mereka yg berketinggian 160cm kebawah, hindari dari memilih baju pengantin yg jatuh dipinggang kerana anda akan kelihatan lebih pendek. Elakkan juga memilih warna2 yg gelap sebaliknya pilih warna2 yg lebih lembut seperti krim dan pastel.Design yg sesuai utk si gadis bertubuh kecil adalah dress with A Line kerana akan memberi kesan pada kaki si pemakai tampak lebih panjang.

4)Saiz dan Bentuk Bandan

A) Badan Gempal Dan Tinggi
Individu yang berbadan seperti ini sesuai menggayakan busana berwarna gelap seperti hitam, coklat gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing. Jika ingin bergaya dengan baju bercorak, pilih corak bunga-bunga kecil. Elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menyerlahkan kegempalan anda.

B) Badan Kurus Dan Rendah
Jika anda termasuk golongan ini, serlahkan penampilan dengan menggayakan warna busana yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda tampak lebih tinggi. Lengkapkan penampilan anda dengan memakai kasut tinggi seperti wedges, ia mampu membantu menambahkan ketinggian anda.

C) Badan Kurus Dan Tinggi
Bagi individu yang berbadan kurus dan tinggi, anda sesuai memakai warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat serta boleh juga menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besar supaya mengurangkan anda dilihat terlalu kurus. Corak melintang dan besar mampu memberi gambaran bahawa anda lebih berisi.

D) Bentuk Badan Buah Pear
Busana yang tepat untuk bentuk tubuh ini adalah yang mampu menyeimbangkan bahagian atas tubuh dengan bahagian bawah tubuh. Pakaian dengan corak pelbagai dan berwarna terang sesuai dipakai pada bahagian atas. Pakaian atas (bahu/lengan) yang lebar, berenda-renda, perincian yang banyak juga mampu membuatkan tubuh bahagian atas anda kelihatan sedikit besar sekaligus ia menyeimbangkan tubuh.

E) Bentuk Tubuh Epal
Warna-warna yang ceria dan terang di bahagian atas tubuh dan warna gelap bahagian bawah tubuh adalah kombinasi yang sesuai. Gunakan tali pinggang dengan ukuran sederhana untuk tampil menarik. Pilih warna-warna gelap untuk memberikan kesan langsing.

F) Bentuk Tubuh 4 Segi Atau Brick/Rectangle
Pilihlah pakaian dengan potongan yang jelas agar membantu membentuk lekuk tubuh, seperti pakaian dengan struktur geometris dengan tali pinggang atau pakaian yang memiliki perincian pita dan kerut yang ringkas. Hindari pakaian jenis yang tipis dan ringan. Jangan mengenakan terlalu banyak perincian dan gabungan rona berlebihan agar kesannya tidak terlalu serabut. Untuk aksesori juga jangan terlalu banyak.

G) Bentuk Tubuh Jam Pasir
Mereka yang memiliki bentuk tubuh jenis ini sangat bertuah kerana anda sesuai memakai semua jenis busana dan warna. Untuk bahagian bawah tubuh digalakkan mengenakan skirt dengan potongan A-line agar anda kelihatan lebih ramping

5). Warna material

Jadikan warna kulit anda sebagai rujukan utk memilih warna baju dihari penting anda.
Pada dasarnya mereka yg berkulit putih tiada masalah utk memilih apa saja warna. Tetapi jika ingin kelihatan lebih anggun pilih warna2 pastel dengn sedikit sentuhan silver atau gold yg berkilau bagi menambar seri glowing dihari berbahagia itu nanti.
Bagi si kuning langsat,warna biru, kuning, merah , hijau dan orange adalah warna yg mampu menaikkan seri anda.
Bagi yg berkulit sedikit gelap atau sawo matang elakkan menggunakan warna2 pastel kerana akan kelihatan lebih kusam. Sebaliknya jgn takut utk menggunakan warna2 terang kerana ia mampu menaikkan seri anda.

 

Ok itu saja tips untuk kali ini, harap dapat membantu

Ptsssssss..nak habaq ni kami di Bangi Convention Centre ada menyediakan Set busana pengantin lelaki dan perempuan, pakej sekali dengan dewan, pelamin dan catering..sangat berbaloi2. Untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi staff kami.

 

Rujukan :

SHAUFIQ BRIDAL KOTA BHARU

https://www.facebook.com/shaufiqbridal/posts/tips-memilih-baju-pengantin-assalamualaikum-lovely-people-zaman-skrg-ni-zaman-in/700660906783201/

5 TIPS MEMILIH BAJU PENGANTIN

#dewanperkahwinanbangi
#dewanperkahwinanputrajaya
#dewanperkahwinanselangor
#kateringperkahwinansedapbangi

 

 

PAKEJ TERBAIK UNTUK JAMUAN HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA.Semoga Ibadah kita dibulan Ramadhan diterima oleh Allah SWT.  Sempena bulan Syawal yang kunjung tiba ini mesti ramaikan yang akan mengadakan jamuan hari raya untuk sanak saudara dan rakan taulat. Masa ni lah kita akan mengukuhkan lagi ikatan silaturahim yang telah terbina. Kami di BCC menyediakan pakej jamuan Hari Raya yang terbaik untuk anda semua.

untuk maklumat lanjut berkaitan pakej yang ad boleh hubungi pihak kami

#pakejjamuanharirayadibangi
#openhouse
#pakejopenhousehariraya

ADAB KETIKA MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN

Assalamualaikum  dan Salam sejahtera. Kali ini kami dari pihak Bangi Convenition Centre nak kongsi sikit pasal adab ketika menghadiri majlis perkahwinan. Penting sangat bab adab ini untuk sama-sama kita checklist balik diri kita semasa menghadiri majlis orang.

  1. Memenuhi undangan

Sesiapa yang menjemput kita untuk datang ke majlis mereka maka hendaklah kita memenuhi undangan tersebut. Jika tidak dapat datang maka beritahulah pengundang agar tidak ada yang berkecil hati hati.

 

2.  Berjumpa dengan Tuan Rumah

Pertama sekali bila tiba di majlis kenduri, seharusnya kita berjuma dahulu dengan tuan rumah. Bermesra sekadarnya,ucaplah tahniah. Tidak kisah la sewaktu tiba atau sebelum pulang, adabnya di sini jumpalah tuan rumah.

3. Mendoakan pengantin

Kita sarankan  untuk mendoakan pengantin. Doa yang diajarkan di dalam Islam adalah:

kalau nak senang nyanji lagu maher zain terus lah=)

4. Menjaga percakapan

Hindari diri daripada mengucapkan kata-kata yang tidak baik ketika menghadiri majlis kenduri tersebut. Jagalah tingkah laku anda.

5.Menjaga pemakaian

Bagi yang Islam hendak memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. Bagi yang bukan Islam pakailah pakai yang sopan dan tidak menjolok mata.

6. Jangan Membazir

Pekara ini seringkali dilihat. Ya di majlis kenduri tersebut memang banyak makanan tetapi anda sebagai tetamu makanlah ikut keperluaan jangan ikutkan nafsu anda. Jangan membazir kerana Sesunggugnya pembaziran itu adalah sebagian daripada sifat Syaitan =).

7. Makan tanpa berlengah

Waktu kemuncak kenduri selalunya ramai orang berpusu-pusu datang, Maka kita yang selesai makan seharusnya cepat-cepat memberi laluan tempat duduk kepada orang lain. Jangan lepak dekat meja tu sampai malam pula ye.

8. Eratkan silaturrahim

Kenduri ini lah tempat sanak saudara berkumpul, sahabat yang lama tidak berjumpa, maka gunakanlah kesempatan ini untuk bertanya khabar dan mengeratkan ikatan silaturrahim. Jangan jadi anti sosial pula y,asyik bertentang mata dengan phone anda tu =)

Di sini kita kongsikan satu video buat tatapan anda. Yang baik jadikan teladan =)

I Love to Go to A Wedding Reception! But…

Everyone loves weddings. This is where meet old friends and families with boutiful food to enjoy and taste.This particular type of gathering is something that the world needs more of. It may seem to many people it is an empty ritual, or a ritual that is changing for the worse. To me, it is a great occasion to get dressed up and witness an ritual that is filled with so much meaning and also with a wonderful story behind the love. However, sometimes we as a guests may forget that there are still do's and dont's when we attend someone's wedding reception. What is appropriate and what is not. So, what are the do's and dont's in wedding reception? You can just click to the video below and watch some friendly reminders on how to conduct ourselves at such meaningful occasions conveyed by the infamous Aunty Patrin from KK12FM 89.5 🙂 __Afraid that these problems might happen during your wedding reception? Rest assured. We have diligent team to ensure your wedding reception will run smoothly. You can just contact us at +0132248019 / +011-1990 5519 / +0198293909 for wedding inquiry or you can just click the Whatsapp button at the top of our page and we will be delighted to assists you :-)And, dont forget to follow and like our Facebook page Bangi Convention Center

Posted by Bangi Convention Center on Selasa, 8 Januari 2019

 

Bagi sesiapa yang masih mencari-cari dewan untuk majlis perkahwinan, majlis makan malam syarikat, bilik untuk seminar dan lain-lain bolehlah hubungi kami. Pihak kami menyediakan perkhidmatan terbaik untuk anda

#sewadewanbangi
#sewadewanputrajaya
#bilikseminar
#teambuilding
#dewanuntukdisewa

 

SELAMAT TAHUN BARU 2019

Kami daripada Bangi Convention Centre mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019 kepada semua terutamanya para pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan kami. Semoga tahun baru ini memberi nafas dan semangat baru dalam meneruskan apa jua pekerjaan anda.

#sewadewanbangi
#sewadewanputrajaya
#sewadewanmurah
#dewanuntukmajlisperkahwinan
#sewadewanuntukseminar
#talkshow
#dewanuntukdisewa