Tag Archives: wedding planner

TIP MEMILIH BUSANA PENGANTIN

Assalamualaikum and Hi!! Kali ini ini kami ingin kongsikan kepada anda tips pemilihan baju pengantin. Ha nak pilih baju pon kena ada tips tau. Mestilah kena ada tip supaya persalinan kita pada hari istimewa  tersebut cantik dan yang paling penting selesa untuk anda. Kawen kan sekali seumur hidup, jadi mestilah kita nak busana kita cantik kan..kalau perempuan mesti dia nak jadi “the most beautiful bride in the world” kan pada hari bahagia tersebut. Jadi ianya memerlukan persiapan awal dan teliti dalam pemilihan.

 

Sumber : Google
  1. Bajet

Perkara pertama yang perlu diambil kira mestilah baget. Korang kena pastikan berapa anggaran yang korang nak spend untuk baju kawen korang. Jangan out of budget pulak sebab nanti dia akan ganggu persiapan korang yang lain..kang nanti  baju penganti cantik mahal nau, tetamu plk tak cukup makan..kiki tak pon sampai berhutang semata-mata nak baju yang cantik..tak mau camtu ye uolls. Jadi, brride to be tu,  prepare bajet ni awal-awal ye uolls.

2. Design

Pastikan design yg kita pilih tu selesa. Tidak terlalu ketat atau longgar sehingga menyukarkan pergerakan.Sebagai raja sehari kita bukan duduk diam dipelaminan seharian. Seluruh mata juga akan tertumpu pada kita dan setiap perincian akan diamati.Jadi keselesaan diri amat penting supaya tidak kelihatan janggal ketika bersanding. Masa ni korang kena tahu dah apa tema yang korang nak untuk majlis perkahwinan korang, nak tradisional ke, moden ke, koporat ke?. Apa-apa je la tema asalkan korang bahagia. Bila dah ada tema senanglah korang nak fikir design apa yang korang nak.

3) Size ketinggian
Size ketinggian amat main peranan dlm menentukan fashion seseorang.Jika anda seorang yg tinggi semestinya tidak menjadi masalah.Tetapi bagi mereka yg berketinggian 160cm kebawah, hindari dari memilih baju pengantin yg jatuh dipinggang kerana anda akan kelihatan lebih pendek. Elakkan juga memilih warna2 yg gelap sebaliknya pilih warna2 yg lebih lembut seperti krim dan pastel.Design yg sesuai utk si gadis bertubuh kecil adalah dress with A Line kerana akan memberi kesan pada kaki si pemakai tampak lebih panjang.

4)Saiz dan Bentuk Bandan

A) Badan Gempal Dan Tinggi
Individu yang berbadan seperti ini sesuai menggayakan busana berwarna gelap seperti hitam, coklat gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing. Jika ingin bergaya dengan baju bercorak, pilih corak bunga-bunga kecil. Elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menyerlahkan kegempalan anda.

B) Badan Kurus Dan Rendah
Jika anda termasuk golongan ini, serlahkan penampilan dengan menggayakan warna busana yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda tampak lebih tinggi. Lengkapkan penampilan anda dengan memakai kasut tinggi seperti wedges, ia mampu membantu menambahkan ketinggian anda.

C) Badan Kurus Dan Tinggi
Bagi individu yang berbadan kurus dan tinggi, anda sesuai memakai warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat serta boleh juga menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besar supaya mengurangkan anda dilihat terlalu kurus. Corak melintang dan besar mampu memberi gambaran bahawa anda lebih berisi.

D) Bentuk Badan Buah Pear
Busana yang tepat untuk bentuk tubuh ini adalah yang mampu menyeimbangkan bahagian atas tubuh dengan bahagian bawah tubuh. Pakaian dengan corak pelbagai dan berwarna terang sesuai dipakai pada bahagian atas. Pakaian atas (bahu/lengan) yang lebar, berenda-renda, perincian yang banyak juga mampu membuatkan tubuh bahagian atas anda kelihatan sedikit besar sekaligus ia menyeimbangkan tubuh.

E) Bentuk Tubuh Epal
Warna-warna yang ceria dan terang di bahagian atas tubuh dan warna gelap bahagian bawah tubuh adalah kombinasi yang sesuai. Gunakan tali pinggang dengan ukuran sederhana untuk tampil menarik. Pilih warna-warna gelap untuk memberikan kesan langsing.

F) Bentuk Tubuh 4 Segi Atau Brick/Rectangle
Pilihlah pakaian dengan potongan yang jelas agar membantu membentuk lekuk tubuh, seperti pakaian dengan struktur geometris dengan tali pinggang atau pakaian yang memiliki perincian pita dan kerut yang ringkas. Hindari pakaian jenis yang tipis dan ringan. Jangan mengenakan terlalu banyak perincian dan gabungan rona berlebihan agar kesannya tidak terlalu serabut. Untuk aksesori juga jangan terlalu banyak.

G) Bentuk Tubuh Jam Pasir
Mereka yang memiliki bentuk tubuh jenis ini sangat bertuah kerana anda sesuai memakai semua jenis busana dan warna. Untuk bahagian bawah tubuh digalakkan mengenakan skirt dengan potongan A-line agar anda kelihatan lebih ramping

5). Warna material

Jadikan warna kulit anda sebagai rujukan utk memilih warna baju dihari penting anda.
Pada dasarnya mereka yg berkulit putih tiada masalah utk memilih apa saja warna. Tetapi jika ingin kelihatan lebih anggun pilih warna2 pastel dengn sedikit sentuhan silver atau gold yg berkilau bagi menambar seri glowing dihari berbahagia itu nanti.
Bagi si kuning langsat,warna biru, kuning, merah , hijau dan orange adalah warna yg mampu menaikkan seri anda.
Bagi yg berkulit sedikit gelap atau sawo matang elakkan menggunakan warna2 pastel kerana akan kelihatan lebih kusam. Sebaliknya jgn takut utk menggunakan warna2 terang kerana ia mampu menaikkan seri anda.

 

Ok itu saja tips untuk kali ini, harap dapat membantu

Ptsssssss..nak habaq ni kami di Bangi Convention Centre ada menyediakan Set busana pengantin lelaki dan perempuan, pakej sekali dengan dewan, pelamin dan catering..sangat berbaloi2. Untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi staff kami.

 

Rujukan :

SHAUFIQ BRIDAL KOTA BHARU

https://www.facebook.com/shaufiqbridal/posts/tips-memilih-baju-pengantin-assalamualaikum-lovely-people-zaman-skrg-ni-zaman-in/700660906783201/

5 TIPS MEMILIH BAJU PENGANTIN

#dewanperkahwinanbangi
#dewanperkahwinanputrajaya
#dewanperkahwinanselangor
#kateringperkahwinansedapbangi

 

 

PAKEJ TERBAIK UNTUK JAMUAN HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA.Semoga Ibadah kita dibulan Ramadhan diterima oleh Allah SWT.  Sempena bulan Syawal yang kunjung tiba ini mesti ramaikan yang akan mengadakan jamuan hari raya untuk sanak saudara dan rakan taulat. Masa ni lah kita akan mengukuhkan lagi ikatan silaturahim yang telah terbina. Kami di BCC menyediakan pakej jamuan Hari Raya yang terbaik untuk anda semua.

untuk maklumat lanjut berkaitan pakej yang ad boleh hubungi pihak kami

#pakejjamuanharirayadibangi
#openhouse
#pakejopenhousehariraya

PAKEJ TERBAIK UNTUK ANDA

Raikan Cinta Lama

Beli gula di pekan Jitra
Berbalut kemas berkain kasa
Sila-sila la wahai pengantin lama
Duduk berganding merakam bahagia

Daftar segera untuk dapatkan tempat anda bersama pasangan..anda bakal dihias bagai raja sehari…haaaa…lama dah kan tinggalkan kenangan…sertai kami untuk mengamit memori cinta bahagia anda bersama pasangan….

Hubungi team pendaftaran kami ditalian 012-6216985

#pakejperkahwinan
#pakejbajupengantinmurah
#pakejjurumekapperkahwinan

TIPS MEMILIH DEWAN PERKAHWINAN

Sudah menjadi kebiasaan dan trend zaman kini, melangsungkan majlis perkahwinan di dewan. Faktor utama adalah memudahkan tuan rumah dan menjamin keselesaan tetamu. Banyak sebenarnya kelebihan mengadakan masjlis perkahwinan di dewan. Antaranya

  • Tak perlu beria kemas rumah
  • Tak letih nak kemas rumah lepas habis majlis
  • Tak perlu risau rumah di masuki orang yang tidak kenal

Atas sebab musabab di atas, ramai orang sekarang lebih memilih membuat majlis perkahwinan di dewaan. Jadi dekat sini, kami kongsikan kepada anda beberapa tips untuk memilih dewan untuk hari bahagia anda.

 

  1. Tentukan tarikh perkahwinan anda.

Ha..sebelum memulakan apa-apa langkah pastikan anda menentukan tarikh perkahwinan anda supaya senang untuk mencari dewan yang available sesuai dengan tarikh anda. Pastikan dewan yang hendak di pilih kosong dan bolehlah anda membuat tempahan.

                                                                                                                                                                                                          gambar dari google

2. Saiz dan Lokasi

Pastikan saiz dewan menepati kesesuaian jumlah jemputan anda bagi menjamin keselesaan anda dan para tetamu nanti. Lokasi yang berhampiran dengan rumah kita sudah semestinya menjadi pilihan utama. Bila tiba hari majlis,urusan anda dengan vendor yang melakukan kerja-kerja persiapan majlis mudah di pantau tanpa perlu ulang-alik dengan jarak yang jauh. Pastikan lokasi dewan juga memudahkan tetamu untuk datang kalau tidak nanti sesat pula tetamu kita.

3. Kemudahan

Kemudahan yang disediakan di dewan tersebut merupakan faktor penting dalam pemilihan dewan. Pastikan kemudahan dewan seperti, kipas, penghawa dingin, tandas dan surau berfungsi dengan baik. Sekiranya anda menempah penyedia karaoke atau PA System,pastikan diding dewan yang mempunyai ‘sound proof board’ atau menyerap bunyi.Ia penting untuk memastikan majlis anda tidak hingar-hingar.

4. Pantauan dan siasatan

Sebaiknya anda luangkan sedikit masa untuk datang melihat dewan tersebut sebelum membuat tempahan dan bayaran deposit. Sebaiknya juga anda datang sewaktu majlis perkahwinanorang lain berlangsung agar anda dapat melihat suasana dewan, pencahayaan dan keselesaan anda dan tetamu anda nanti.

5. Menepati Bajet

Pastikan dewan yang dipilih menepati kehendak dan bajet anda. Oleh itu, anda perlu membuat survey perbandingan harga, kemudahan, lokasi sesuai dengan bajet anda.

 

Kepada yang bakal melangsungkan perkahwinan, Semoga dipermudahkan urusan perkahwinan anda dan semoga perkahwinan yang dibina mendapat barokah,mawaddah dan rahmat


KAMI DI BANGI CONVENTION CENTRE MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SEWA DEWAN PERKAHWINAN DENGAN KEMUDAHAN YANG SUPER SELESA UNTUK MAJLIS ANDA. UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNNGI PIHAK PENGURUSAN KAMI.RAIKAN MAJLIS ANDA BERSAMA KAMI

 

#sewadewanperkahwinan
#sewadewanputrajaya
#sewadewanbangi
#weddinghall
#dewanperkahinan

 

 

TIPS PEMILIHAN PHOTOGRAPHER/VIDEOGRAPHER

Hi bakal pengantin sekalian!Bagaimanakah persiapan menuju hari bahagia anda?Checklist anda dah selesai ke belum?ke banyak yang tak settle lg? Ha yang paling penting Jurufoto dan juruvideo untuk majlis anda nanti dah ada ke?penting tu! baju dah cantik bak raja sehari, pelamin pon cantik, anda penat-penat siapkan majlis mestilah nak merakamkan saat indah majlis perkahwinan anda untuk tatapan hari tua dan anak-anak cucu nanti kan?

Jadi di sini kami nak kongsikan tips pemilihan Jurufoto dan Juruvideo yang profesional di hari bahagia anada. Pemilihan mereka ini sangatlah penting untuk mendapatkan hasil yang anda impikan. Jangan main ambik je asal murah je nanti anda yang menyesal sebab gambar dan video anda tidak cantik. Ha masih ingatkah ada suatu kes berkaitan juruvideo yang pernah viral tahun 2018 berikutan video yang dihasilkan super duper kreatif sampai pasangan pengantin pon jadi viral. Mungkin video nya kurang sesuai pada budaya masyarakat kita di Malaysia. haha Jadi di sini kami kongsikan beberapa tips pemilihan jurufoto dan juruvideo agar anda semua berpuas hati ketika membayar dan puas hati dengan hasil kerjanya.

 

Rujukan :google

 

  1. Tentukan liputan majlis yang anda mahu

Penting untuk anda senaraikan majlis yang menjadi keutamaam liputan jurufoto. Sama ada mahu liputan majlis nikah sahaja atau majlis nikah dan sanding atau sanding dan bertandang. Jika anda dah tentukan maka senang nanti jurufoto mencadangkan pakej yang sesuai selari dengan kehendak anda

2. Pilih bajet yang sesuai

Bajet merupakan perkara yang perlu diutamakan. Saat ingin melangsungkan majlis perkahwinan, duit ibarat air yang mengalir, tanda disedari ia hilang mengitu sahaja. Maka untuk memilih pakej pengambaran anda perlu melihat bajet terlebih dahulu pastikan pakej yang dipilih nanti tidak lari dari bajet asal anda. Sebenarnya kualiti dan harga pakej-pakej yang ditawarkan oleh jurufoto dan juruvideo adalah seiring. Kualiti di sini adalah dari segi hasil kerja jurugambar beserta dengan pengalaman dan juga ilmu jurugambar tersebut. Seorang jurugambar yang sebenar akan meletakkan harga yang setara dengan kualiti yang dimilikinya. Jika anda mementingkan kualiti maka anda mungkin tidak kisah dengan harga yang ditawarkan.

3. Informasi dan perbandingan

Informanasi di sini adalah cari dan bandingan beberapa jurufoto atau juruvideo yang ada dan buat perbandingan dari segi kualiti, pengalaman dan harga yang ditawarkan.Sebelum memilih jurufoto pastikan anda terlebih dahulu melihat hasil kerjanya supaya nanti anda tidak menyesal. Anda boleh bersikap cerewet dalam mencari  photographer  yang sesuai dengan citarasa, TETAPI elakkan cerewet semasa deal dengan  photographer  yang sudah dipilih. Kebebasan berkarya perlu diberikan kerana anda sudah memilih mereka. Pilihan ditangan anda.

4.Hubungan dengan jurugambar

Hubungan dengan jurufoto juga sangat penting untuk difikirkan. Pastikan jurufoto/juruvideo yang dipilih selesa untuk anda bekerjasama. Pilihlah  photographer  yang sesuai, yang serasi dengan anda.

Ini adalah tips ringkas dan penting sebagai panduan anda untuk memilih jurufoto/juruvideo dihari bahagia anda. Kami di pihak Bangi Convention Centre mengucapakan selamat dan dipermudahkan urusan perkahwinan anda.

#sewadewanbangi
#sewadewanputrajaya
#sewabilikseminar
#tempahdewanperkahwinan

 

 

 

PAKEJ SAMBUTAN HARI LAHIR UNTUK YANG TERSAYANG

Anda mesti tercari-cari tempat yang sesuai untuk meraikan hari kelahiran anda ataupun yang tersayang kan? Kami di pihak Bangi Convention Centre ada solulusinya. Pihak kami menyediakan pakej yang menarik untuk menjadikan sambutan hari lahir anda berjalan lancar seperti yang anda inginkan.

Pihak kami menawarkan pakej

  • RM28 (per org)
  • PA System
  • Wireless Microphone
  • 5 VIP Parking
  • Bilik yang selesa
  • Meja bulat
  • Meja Pendaftaran
  • 1/2 k kek yang menarik

Terma dan Syarat

  • Pengesahan tertakluk kepada kekosongan bilik
  • Sah sehingga notis lanjut dikeluarkan
  • Minimum 50 orang dan keatas

Untuk Maklumat lanjut boleh rujuk flyer di bawah

untuk tempah boleh klik terus ke https://bccbangi.com/tempahan-mesyuarat/

#bccbangi
#majlisperkahwinan
#sewadewanbangi
#sewadewanputrajaya
#sewadewanseminar
#majlisharilahir

SELAMAT TAHUN BARU 2019

Kami daripada Bangi Convention Centre mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019 kepada semua terutamanya para pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan kami. Semoga tahun baru ini memberi nafas dan semangat baru dalam meneruskan apa jua pekerjaan anda.

#sewadewanbangi
#sewadewanputrajaya
#sewadewanmurah
#dewanuntukmajlisperkahwinan
#sewadewanuntukseminar
#talkshow
#dewanuntukdisewa